Friday, September 18, 2020

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan juga kelas tuisyen di kedai. Saya ada buat kelas tuisyen bahasa Arab untuk tadika dan sekolah rendah. Tahun depan saya akan buat untuk sekolah menengah Insya Allah. 

Hari minggu sibuk dengan urusan keluarga.Menjadi rutin pada setiap hari Sabtu saya melawat anak di asrama. Kadang-kadang balik kampung atau bawa anak pergi bersiar-siar di pantai. Itulah jadual harian saya pada hari kerja dan hujung minggu,Ada masa kita jumpa lagi dalam penulisan akan datang.

Monday, August 31, 2020

KAMPUNG HALAMAN

Salam 12 Muharram..Saya balik kampung hari Sabtu lepas dengan anak no 2. Alhamdulillah, rasa seronok, dapat merasa makanan orang kampung especially nasi lemak ikan aya. .Sebelah paginya saya pergi pasar Dungun.Lama juga saya ronda-ronda kat pekan Dungun, Sebelah petangnya saya pergi Pantai Teluk Lipat, Dungun. Dapat menikmati udara segar tepi pantai. Dapat tengok matahari terbenam dan digantikan dengan bulan. Cantik sungguh pemandangan tepi pantai, Subhanallah. Main pasir pantai  dengan anak, rasa happy tengok anak happy..seronok sangat...

Monday, June 1, 2020

AMALKAN MAKANAN SUNNAH


Madu adalah makanan sunnah yang digalakkan kita minum setiap pagi untuk membantu sistem imun badan kita. Boleh juga mencegah daripada pelbagai penyakit. Sangat baik untuk orang yang ada gastrik.

Harga : RM85 termasuk postage.
Wassup saya 010 9536798.

SALAM SYAWAL

Salam Syawal ke 9 hari ni..moga semua dberi kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa. Saya masih cuti PKP dan cuti sekolah. Hari raya tahun ni tidak seperti kebiasaan, hanya dapat beraya pada hari pertama sahaja.

Saya berkunjumg ke rumah jiran lama di Mahkota Aman, taman perumahan pertama yang saya tinggal masa mula2 pindah ke Kuantan. Alhamdulilalah dapat jumpa semula jiran lama. Tetapi keadaan dia telah berubah menjadi ibu tunggal.Rupa-rupanya suaminya dah meninggal pada tahun 2017. Nasib seseorang tidak kita tahu, macam2 dugaan Allah datangkan. Kalo kita rasa susah hidup ini, ada lagi insan yang lebih susah perjalanan hidupnya. Cuma kita perlu tabah menghadapi segala ketentuanNya.

Saturday, May 23, 2020

JOM BELAJAR BAHASA ARAB

Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran..jom belajar bahasa Arab sikit-sikit dengan saya. Kita belajar 4 ayat dulu hari ni ye.

صباح الخیر  :   Selamat pagi

صباح النور   : Selamat pagi (jawapan)

شکرا           :  Terima kasih

عفوا            : sama-sama

HARI TERAKHIR RAMADHAN

Salam akhir Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini dapat membentuk diri kita menjadi insan yang bertakwa.Ramadhan adalah madrasah takwa yang diberi khas oleh Allah kepada kaum muslimin dan muslimat. Esok, kita akan menyambut Syawal yang mulia, ia merupakan kemenangan bagi kita ummat Islam kerana telah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan. 

Semoga kita mampu mendidik jiwa kita menjadi orang yang sabar dan kuat semangat setelah berpuasa selama sebulan. Diharapkan kita istiqamah dengan akhlak mulia selepas Ramadhan ini. Ramadhan boleh membentuk diri dan jiwa kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.Ia mampu melatih diri kita menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa juga. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

Thursday, May 21, 2020

PENGHUJUNG RAMADHAN

Salam 27 Ramadhan kepada semua sahabat, moga kita semua diberi nikmat kesihatan yang baik dan diberikan keampunannya di akhir bulan yang mulia ini. Tak lama lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Sama-sama kita doakan agar kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang insha Allah.

Kita ambil peluang terakhir tiga hari ni untuk perbanyakkan amalan sunat seperti istighfar, sedekah dan silaturrahim. Kalo dapat cari anak-anak yatim dan berikan makanan atau pakaian untuk mereka.Moga pemberian kita dapat gembirakan mereka untuk menyambut Syawal nanti. Banyakkan memohon keampunan Allah setiap kali lepas solat kerana fasa akhir Ramadhan ini adalah pengampunanNya dan pembebasan dari api Neraka.

Semoga kedatangan Syawal tahun ini dapat mengeratkan silaturrahim kita dengan ahli keluarga dan kawan-kawan juga insha Allah. Bila dengar lagu raya di radio, saya teringat keindahan menyambut hari raya demgan ibu saya. Tetapi dia dah tak de lagi, kini hanya beraya dengan adik beradik. Tahun ni kita tak dapat beraya di kampung kerana kita masih dalam tempoh PKP. Redha dengan ketentuan Allah, beraya di rumah masing-masing sahaja.

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...