Sunday, October 31, 2010

Teruskan Perjuangan...

Salam semua anak2 pelajar..teruskan perjuangan utk menghadapi SPM tak lama lagi.Subjek Pendidikan Islam pada 30 Nov nanti.Kita ada 2 kali lagi kelas tambahan,ustazah akan mencurahkan sepenuh tenaga utk membantu pelajar2 meningkatkan keputusan dlm peperiksaan nanti. Ustazah akan cari masa tambahan utk membuat ulangkaji terakhir insya Allah.Jgn mudah rasa give up ya anak2 pelajarku..sentiasa lah panjatkan doa pd Allah dan tawakkal kpdNya sesudah berusaha dgn segala daya yg ada.Ustazah harap kamu semua ikut apa yg telah diberi tunjuk ajar sebelum ini,mudah-mudahan mendapat kejayaan.

Sunday, October 24, 2010

SPM tak lama lagi

Salam semua anak didikku..apa kabar semua hari ni? tentu sedang sibuk buat ulangkaji ya.SPM tak lama lagi akan tiba.Kita ada lebih kurang 3 minggu lagi utk bersama-sama buat latih tubi.Ustazah harap anak2 pelajar dapat membuat persediaan yg cukup utk menghadapi peperiksaan tak lama lagi.Ustazah doakan agar semua dapat menjawabnya dgn tenang insya Allah.

Ustazah pun sibuk juga nak menyiapkan tugasan utk dihantar pada akhir semester ni.Anak2 pelajar sedang bergelut utk SPM.Ustazah pun sama gak,ada peperiksaan pd hujung bulan Nov nanti di UM.Ustazah pun mengahrapkan keputusan yg cemerlang pada semester ini..insya Allah.

Tuesday, October 12, 2010

SYUKUR Al-hamdulillah

Ustazah rasa lega PMR dah abis. Banyak tajuk yg ustazah buat latih tubi dengan pelajar-pelajar dlm soalan tahun ni.Syukur alhamdulillah.SPM pulak menanti lepas ni, ustazah ada mengajar 2 kelas SPM. Ada masa lebih kurang sebulan utk buat ulangkaji dan latih tubi. Soalan2 percubaan negeri-negeri lain dah diagihkan kpd pelajar-pelajar.Minggu depan akan dibincangkan bersama mereka.Moga2 mereka dapat meningkatkan keputusan mereka dlm SPM nanti insya Allah.

Monday, October 11, 2010

PMR dah habis

Esok PMR dah habis..dah lega.Pelajar-pelajar tingkatan 3 dah merdeka lah mulai esok.Cikgu2 pun merdeka juga.Aktiviti lepas PMR akan bermula hari Rabu. Ustazah nak buat aktiviti keceriaan disurau.

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...