Salam utk semua pembaca..khasnya anak2 didik ustazah...
Selamat menghadapi SPM hari ini.Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.Ustazah sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua.Buat lah persediaan yg cukup dan ulangkaji dgn bersungguh-sungguh.Paper PAI pada 30hb nanti harap2 keluar lah apa yg ustazah dah bincang sama2 hari tu ya.
Tuesday, November 23, 2010
Wednesday, November 10, 2010
PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1
Salam semua anak didikku..ustazah harap bahan ini dapat menjadi panduan utk menhadapi SPM tak lama lagi..semoga berjaya insya Alah.
SENARAI SEMAK TAJUK-TAJUK SPM
SENARAI SEMAK TAJUK-TAJUK SPM
PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1
BIL. | TAJUK TING. 4 | TAJUK TING. 5 | ||
AKIDAH | ||||
1 | Perkara membatalkan iman -Syirik - Kufur - Riddah (murtad) - Sihir | Akidah ahlu sunnah wal jamaah (ASW) - Nama lain ASW dan pengasasnya - Prinsip ASW - Pendapat ASW - Kelebihan berpegang dgn ASW | ||
2 | Dosa-dosa besar | Syiah dan Khawarij | ||
3 | Tuntutan taubat | Ajaran sesat | ||
IBADAT | IBADAT | |||
1 | Ibadat Haji - Rukun haji - Wajib Haji - Miqat - Larangan ketika ihram | Kaifiat perkahwinan dalam Islam - Wanita yang haram dikahwini - Rukun nikah,mahar - Talak, fasakh, khuluk | ||
2 | Sembelihan | Zihar | ||
3 | Korban | Poligami | ||
4 | Akikah | Anak angkat | ||
5 | ||||
SIRAH | SIRAH | |||
1 | Kerajaan Bani Umaiyah - Sejarah penubuhan - Ketenteraan - Perkembangan pendidikan - Pemerintahan Umar Abd. Aziz | Kerajaan Bani Abbasiyah - Perkembangan pendidikan - Perkembangan Ekonomi - Perkembangan ketenteraan - Faktor kegemilangan dan kejatuhan | ||
2 | Tokoh - Imam Ahmad b. Hambal - Imam Malik - Imam Syafie | Tokoh - Jamaluddin Al-Afghani - Muhammad Abduh - Tahir Jalaluddin - Hamka | ||
ADAB | ADAB | |||
1 | Adab menjaga jenazah | Adab bernegara | ||
2 | Adab amar makruf nahi mungkar | Adab berjihad | ||
3 | Adab menjaga orang sakit | Adab memelihara alam | ||
4 | Adab dengan Rasulullah | Adab Memberi dan Menerima Sedekah |
Tuesday, November 9, 2010
HAJI & UMRAH
RUKUN HAJI :
- Niat ihram mengerjakan haji
- Wukuf di Arafah
- Tawaf di Kaabah
- Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
- Bergunting atau bercukur rambut
- Tertib pada kebanyakan rukunnya
- Niat ihram mengerjakan umrah
- Tawaf
- Sai'e
- Bergunting atau bercukur
- Tertib
WAJIB HAJI :
- Niat ihram di Miqat tertentu
- Bermalam di Muzdalifah
- Melontar Jumrah 'Aqabah'
- Bermalam di Mina selama dua atau tiga malam Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah,
- Melontar ketiga-tiga Jumrah pada hari tasyriq, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah dan,
- Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram
- Niat ihram di Miqat
- Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram
Hukum Li'an
PENGERTIAN LI‘AN
- Li‘an berlaku apabila terjadinya qazaf iaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak.
- Li‘an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta”.
- Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”.
- Firman Allah subhanahu wata‘ala:
“Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.”
(Surah An-Nur, 24:6-9)
KESAN LI‘AN
- Mengikut peruntukan hukum syara‘, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan. Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan dikenakan hukuman sebagaimana orang yang berzina kecuali kedua-dua mereka bersumpah dan melakukan li‘an.
- Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya.
- Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Suami isteri yang melakukan li‘an apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya.
(Riwayat Daruqutni)
Talak Dan Hukumnya
HUKUM TALAK
Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi:
PEMBAHAGIAN TALAK
Talaq terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Talaq raj‘i, iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh).
2. Talaq ba’in, ia terbahagi kepada dua:
Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi:
1. Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq. Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh atau khul‘ (tebus talaq).
2. Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi baru disetubuhi.
3. Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin.
4. Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah.
PEMBAHAGIAN TALAK
Talaq terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Talaq raj‘i, iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh).
2. Talaq ba’in, ia terbahagi kepada dua:
a) Ba’in sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khul‘ atau talaq isteri yang belum disetubuhi.
c) Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:
i. Setelah selesai ‘iddah si isteri.
ii. Bekas isteri berkahwin dengan suami lain.
iii. Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian.
iv. Selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.
Wanita-wanita yang haram dikahwini
Bab 4: Wanita-wanita Yang Haram Dikahwini
1. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian:
i. Haram buat selamanya.2. Sebab-sebab haram dikahwini:
ii. Haram buat sementara waktu.
i. Haram dengan sebab keturunan.3. Haram dengan sebab keturunan:
ii. Haram dengan sebab susuan.
iii. Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah )
i. Ibu dan nenek hingga ke atas.4. Haram dengan sebab susuan :
ii. Anak dan cucu hingga kebawah.iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.
iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas.
v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas.
vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah.
vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. - Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )
i. Ibu yang menyusukan.
ii. Saudara perempuan sesusuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 23 )
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan.
5. Syarat-syarat haram dengan sebab susuan :
i. Ibu yang telah menyusukan itu telah baligh.6. Haram yang disebabkan persemendaan ( Musyaharah ) :
ii. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun". ( Riwayat DaruQutni )
iii. Bilangan menyusu sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quraan ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja". ( Riwayat Muslim )
iv. Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada kelima-limanya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidak diharamkan berkahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun".
Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.
i. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.7. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini buat sementara waktu dengan sebab menghimpunkannya :
ii. Ibu tiri atau nenek tiri hingga ke atas.
iii. Menantu perempuan ( isteri anak ) atau isteri cucu hingga ke atas.
iv. Anak tiri dengan syarat sudah mensetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan maka tidak haram mengahwini anak tirinya itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
" Dan diharamkan ibu isteri kamu dan anak tiri yang di dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi , maka jika ibunya belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengahwini anak tiri itu dan begitu juga haram mengahwini isteri anak kamu yang sejati ". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 23 )
Dan firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
" Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu ( ibu tiri ) ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )
i. Saudara perempuan sebelah isteri. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: " Dan haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu ". ( Surah An- Nisaa' - Ayat 23 )
ii. Anak saudara isteri sebelah bapa.
iii. Anak saudara isteri sebelah bapa.
iv. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.
v. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapadan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelaki dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar ". ( Riwayat At -Tirmidzi )
Demam Peperiksaan
Salam utk semua pembaca..SPM hanya tinggal beberapa hari je lagi.Tadi ustazah masuk kelas mcm biasa,ingatkan pelajar-pelajar tajuk2 yg perlu ditekankan utk SPM nanti.Kertas 2 lebih mudah utk dptkan markah lebih tinggi berbanding dgn kertas 1.Ustazah harap pelajar-pelajar dapat skor kertas 2 insya Allah.Bagi kelas 5S1 ustazah harap lebih ramai pelajar akan dapat A..amiiin. Kertas agak susah tapi jika pelajar2 buat ulangkaji dengan teliti dan bersungguh,blh dapat markah lebih baik.Harap2 keluar lah tajuk2 yg kita buat soalan2 latih tubi negeri2 lain tu ya.
Ustazah nampak pelajar2 begitu tekun menjawab soalan2 latih tubi yg diberikan semasa dlm kelas pagi tadi..alhamdulillah.Esok ustazah akan bagi tajuk2 penting kertas 1 dan buat checklist bersama pelajar2.Moga2 semuanya dpt meningkatkan keputusan dlm SPM nanti.
Ustazah nampak pelajar2 begitu tekun menjawab soalan2 latih tubi yg diberikan semasa dlm kelas pagi tadi..alhamdulillah.Esok ustazah akan bagi tajuk2 penting kertas 1 dan buat checklist bersama pelajar2.Moga2 semuanya dpt meningkatkan keputusan dlm SPM nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SIBUK DENGAN TUGAS
Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...
-
Salam semua..maksud mahabbah fillah ni ialah berkasih sayang kerana Allah. Mencintai seseorang kerana Allah dan igin dicintai pun kerana Al...
-
C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatanny...
-
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. M...