Selamat kembali ke sekolah kepada semua anak2 pelajar dan guru-guru juga. Minggu depan sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 3 Jan. Cikgu2 dah mula bertugas hari ni, 27 Disember,mesyuarat kali pertama telah diadakan di Indera Sempurna Resort pagi tadi. Semua guru nampak ceria je tadi.
Dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Rosli,lepas tu ucapan Pengetua pula.Lepas kudapan ada slot ceramah motivasi utk guru-guru..sbg warming up la katakan.Maklum lah dah lama guru2 bercuti kat rumah.Ceramah tu sangat bagus dan menarik,guru2 mendengarnya dgn penuh perhatian diselangi dgn gelak ketawa.Ada cerita2 lawak dari penceramah yg tidak asing lagi kpd kami warga negeri Pahang iaitu Ustaz Badlishah.
Esok pun ada lagi mesyuarat hingga hari Khamis nanti.Minggu ni jadual guru2 penuh dgn aktiviti la...
Monday, December 27, 2010
TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR 3RK
Salam semua...ALHAMDULILLAH,syukur pada Allah bila keputusan PMR keluar.Semua pelajar yg dapat 8A adalah daripada kelas 3RK.Tahniah kpd semua ya...
Bagi subjek Pend. Islam semua dapat A dan B je..ustazah rasa lega bila tak de pelajar yg dapat C. Yg dapat A ada 67 orang dan B pula seramai 80 orang.Ustazah gembira sangat2 dgn keputusan ni. Pada tahun hadapan diharapkan lebih ramai pelajar yg akan dapat A dan B insya Allah.

Sunday, December 5, 2010
KAEDAH MENDAPAT KHUSYUK
Menjadi kefardhuan kepada semua umat Islam mukallaf untuk menunaikan solat LIMA waktu sehari semalam..dalam menunaikan tuntutan fardhu ain ini adakah kita yakin setiap kalinya kita KHUSYUK ketika menunaikan solat? ....
dikesempatan ini saya nak kongsikan LIMA perkara untuk mencapai khusyuk dalam solat :
sumber : Formula solat sempurna, Ust Zaharudin Abd Rahman.
dikesempatan ini saya nak kongsikan LIMA perkara untuk mencapai khusyuk dalam solat :
1. al-tafahum
( memahamkan semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya )
2. al-takzim
( merasakan kebesaran Allah seolah-olah anda berada di hadapan-Nya )
3. al-haybah
( menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah, dengan demikian rasa hebat terhadap Allah akan dapat dihasilkan )
4. al-rajak
( mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat akan diterima )

5. al-haya'
( berasa malu kpd Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap-Nya )
( berasa malu kpd Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadap-Nya )
sumber : Formula solat sempurna, Ust Zaharudin Abd Rahman.
ALHAMDULILLAH,SYUKUR PADA-MU
ALHAMDULILLAH...Ustazah panjatkan kesyukuran pada Ilahi,krn telah selesai peperiksaan kertas PAI minggu lepas.Ustazah hadir ke sekolah pada hari tu,30hb Nov.Sempat jugak melihat anak2 pelajar buat ulangkaji.Ustazah bagi juga tips akhir kpd mereka yg jumpa ustazah masa tu.Ada beberapa org pelajar datang jumpa dan mintak nota ringkas yg ustazah bagi sebelum exam.Mrk tak sempat ambil lah hari tu.Apa2 pun ustazah tetap mendoakan kejayaan utk anak2 didik di SMKSM..semoga berjaya insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SIBUK DENGAN TUGAS
Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...
-
Salam semua..maksud mahabbah fillah ni ialah berkasih sayang kerana Allah. Mencintai seseorang kerana Allah dan igin dicintai pun kerana Al...
-
C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatanny...
-
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. M...