Wednesday, February 23, 2011

MUSUH SYAITAN

Siapakah Musuh Syaitan???

1. Rasulullah s.a.w.
2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat diatas dosa dan setiap kesalahannya.
5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
6. Orang beriman yang banyak melakukan sedekah jariah.
7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk dan menjaga wuduknya.
9. Orang beriman yang sentiasa tidak berkeinginan untuk melakukan sesuatu yang haram.
10. Orang beriman yang sentiasa menjaga sembahyangnya dan melakukannya dengan penuh khusyuk.
11. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al Quran.
12. Orang kaya yang sentiasa merendah diri.
13. Orang yang bangun sembahyang di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.
14. Peniaga yang jujur dan tidak pernah menipu akan sukatan timbangannya.
15. Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil

Sunday, February 13, 2011

MADINAH KOTA NABI

Salam semua...petang ni ustazah ingat kat Masjid Nabawi di Madinah.Tempat yg pernah dilawati dulu,makam Rasulullah juga.Ingat masa ustazah pergi ziarah Madinah masa buat ibadat haji suatu masa dulu.Rasa rindu nak ke tempat tu lagi lah,ku selalu berdoa agar sampai ke sana lagi insya ALLAH.

Salah satu tanda kebesaran sesebuah kota adalah banyaknya nama dan sebutan bagi kota itu. Kota Madinah memiliki 94 nama dan sebutan Nama yang paling popular adalah sebutan "Al MADINAH AL MUNAWWARAH", iaitu kota yang disinari dan menyinari".

Di segi geografi, kota ini terletak di antara 39 - 40 darjah garis bujur di timur dan 24 - 25 garis lintang utara. Jaraknya dari laut merah lebih kurang 170 kilometer, dari Mekah 450 kilometer dan dari ibu negara Saudi Arabia (Riyadh) ialah lebih kurang 1,000 kilometer.
Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan Kota ini sebagai tempat tinggal sejak tahun 622 masehi. Sejak itu pula diberi nama Al-Madinah Al-Munawwarah (kota yang disinari) yang mana sebelumnya bernama Yatsrib.

Kota ini adalah bahagian dari bumi yang dimulakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Ia jelas sebagaimana Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam ketika berhijrah, maksudnya : " Ya Allah, Engkau keluarkan aku dari bahagian bumi yang paling aku cintai, berilah aku tempat menetap di bahagian bumi yang paling Engkau cintai".

Kota ini juga dinyatakan oleh Nabi sebagai tanah Haram (suci) sebagaimana Kota Mekah, dan di sebut-sebut di dalam Al-Quran hingga tiga kali. Bahkan Nabi selalu mendoakan ketenteraman dan keberkatan bagi kota ini. Dari kota inilah Islam berkembang memancar keseluruh pelusuk dunia. Di kota inilah juga jasad Nabi akhir zaman dimakamkan.

HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
  1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."
  2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."
        3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya
            Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan
            bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat
            mereka membesarkan Nabi saw.
            
            Dipetik drp http://www.al-azim.com/

RABIUL AWAL..Bulan Kelahiran Rasulullah SAW

Pengertian
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang

Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...