Sunday, July 17, 2011

WAKTU UNTUK BERDOA

Waktu-waktu yang dianjurkan berdoa :
1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah solat subuh.
2. Selepas setiap solat lima waktu.
3. Antara azan dan iqamah atau selepasnya.
4. Selepas membaca tahiyyat akhir dan sebelum salam.
5. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
6. Antara takbir solat hari raya.
7. Ketika menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi.
8. Ketika hujan turun.
9. Ketika sujud akhir dalam solat.
10. Waktu tengah malam, terutama sepertiga malam dan waktu makan sahur.

Sunday, July 10, 2011

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Minggu lepas ada Perkhemahan Bersepadu peringkat sekolah iaitu pada 1-3 Julai..penuh aktivitinya.Tp seronok jgak berkampung di Kem Seri Damai. Hari Sabtu, 2 Julai pula larian 1 Malaysia, 1 murid 1 Sukan pula diadakan di sekolah.Semua cikgu dan pelajar diwajibkan menyertainya.Ada aktiviti main Futsal lagi,meriah jgak. Lepas tu cikgu2 terus pergi ke Kem pulak,makan tengahari beramai2 di situ..termasuk lah ustazah.Berselera makan nasi tengahari tu,walopun lauknya simple je..hehe.

Minggu ni ustazah buat kelas tambahan hari Sabtu, 9 Julai. Sambutan pelajar2 kurang menggalakkan,biasa lah budak2 SMKSM lebih suka pegi tempat lain pd hari Sabtu.Hanya beberapa orang yg datang,anak murid yg setia..mrk selalu datang kalau ada kelas tambahan..moga mrk mendapat keputusan cemerlang dlm SPM nanti insya Allah.

Hari ni, Ahad ustazah buat aktiviti rutin di rumah. Masak lauk kegemaran ustazah hari ni.Lepas tu bawa anak-anak jalan2 dekat-dekat je dan layan mereka main di taman permainan dekat rumah..buat apa saja asalkan mereka happy:)

Saturday, July 9, 2011

KELAS TAMBAHAN SPM

Hari ni, 9 Julai ustazah buat kelas tambahan dengan pelajar2 5 MA bermula jam 9 pagi. Kedatangan pelajar sangat tidak memuaskan. Tapi ada jugak lah yang datang tadi,buat soalan SPM 2005 kertas 2. Kepada mereka yang datang tadi bertuah lah kerana ustazah bagi teknik menjawab soalan SPM kertas 2. Sambil2 bincang soalan dan jawapan, ustazah juga bagitau tajuk-tajuk yang mungkin keluar dalam soalan Pra percubaan bulan Ogos nanti. Rugi lah mereka yang tidak hadir..ustazah tak nak ulang dah dalam kelas nanti..

Friday, July 8, 2011

FADHILAT BULAN SYA'ABAN (2)

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
 
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
 
  • Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

FADHILAT BULAN SYA'ABAN

REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban pula telah tiba. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
 
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
 

Sunday, July 3, 2011

PRINSIP-PRINSIP MENUTUP AURAT

Menutup aurat itu bagi seorang wanita bukanlah sekadar menutup rambut sahaja, malah tanggapan yang salah ini menyebabkan pelbagai fesyen tudung digayakan oleh muslimah pada hari ini. Di antara prinsip-prinsip menutup aurat ialah :
a) Pakaian tidak sempit dan hendaklah longgar supaya tidak menarik perhatian umum.
b) Pakaian tidak nipis agar tidak menampakkan warna kulit. Sekiranya kain yang digunakan nipis, perlu dilapisi dengan kain lain.
c) Cara berpakaian tidak menarik perhatian lelaki.
d) Tidak menyerupai pakaian lelaki.
e) Tidak menyerupai wanita bukan Islam, tidak mengikut fesyen yang menjolok mata.
f) Bukan bertujuan untuk bermegah-megah.
g) Menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dipetik dari majalah ANIS Julai.

TIP ORANG SOLEH

1. Orang soleh sentiasa berpandangan positif dan melihat sesuatu dari sudut pandangan yang positif lalu dia menjadi orang yang bersyukur atas apa yang diterima sama ada nikmat atau sebaliknya.
Sebaliknya orang yang hatinya sakit sentiasa melihat negatif lalu hatinya bertambah sakit, irihatinya
bertambah kuat, perasaannya semakin tertekan lalu hilanglah kebahagiaan dirinya.

2. Orang soleh melihat orang lain sebagai sumber inspirasi dan motivasi. Sebaliknya orang yang hatinya sakit
menjadikan orang lain sebagai penyebab kepada bertambah rasa sakit hati pada dirinya.

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...