Monday, August 22, 2011

BULAN RAMADHAN BULAN AL-QURAN

}BULAN RAMADHAN ADALAH BULAN AL-QURAN KERANA BERLAKU DI
   DALAMNYA PERISTIWA NUZUL AL-QURAN.
}PADA BULAN RAMADHAN BANYAK DIADAKAN PROGRAM TADARUS DAN
  KHATAM AL-QURAN.
}ORANG YANG BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN BERPELUANG MENDIDIK
  JIWANYA UNTUK MENDEKATI AL-QURAN.
  }BULAN YANG PENUH BERKAT , DISAMBUT DENGAN PENUH KESYUKURAN
   DAN KEGEMBIRAAN.
}BULAN YANG DIPENUHI RAHMAT, PAHALA, KEAMPUNAN DAN PEMBEBASAN
   DARI API NERAKA.
}DISYARIATKAN AGAR KITA MEMPERBANYAKKAN AMALAN MEMBACA
  AL-QURAN PADA BULAN INI.

KELEBIHAN RAMADHAN (2)

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud :
Diberikan kepada umatku lima perkara
yang belum pernah diberikan kepada umat-umat dahulu
ketika Ramadhan iaitu :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi
   di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali
    anda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa
    menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

 Sabda Nabi SAW :"Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan
 dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka
 di ampunkan segala dosanya yang telah lalu". (Al Hadith) .

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Salam semua pembaca..ustazah tak sempat menulis masa awal Ramadhan kerana banyak tugasan yang perlu disiapkan.Agak lewat nak cerita mengenai kelebihan Ramadhan ni.Tak pe lah kira sbg ulangkaji dan peringatan sesama kita sahaja.

Bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah .

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan ialah Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia.

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...