Saturday, August 31, 2013

TOKOH TING. 4

Salam pelajar-pelajar SPM 2013...utk rujukan Percubaan SPM.

TOKOH TINGKATAN 4

IMAM ABU HANIFAH
1. RIWAYAT HIDUP
Nama : Nukman bin Thabit
Lahir pada tahun 80 H di Kufah
Meninggal dunia pada 150 H
Meninggal dalam penjara ketika berumur 70 tahun
Gelaran :  Abu Hanifah

2. Dua sebab digelar Abu Hanifah:
   - sentiasa membawa tinta ke mana sahaja
   - beliau mempunyai seorang anak bernama Hanifah
  - Hanifah bermaksud cenderung kepada agama

3. Dua jasa beliau terhadap ilmu:
   - Menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai
   - Membezakan di antara hadis sahih dan tidak sahih
   - Menghasilkan beberapa buah kitab untuk rujukan
   - Menyuruh muridnya menggunakan fikiran terhadap sesuatu hukum

4. Tiga usaha Imam Abu Hanifah bagi mengukuhkan ilmu fekah:
    - berhati-hati dalam menentukan hukum
    - banyak menggunakan akal fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum
    - melarang muridnya bertaklid
    - berkebolehan menghuraikan hukum-hukum fekah

IMAM MALIK
1. Riwayat Hidup :
    Nama sebenar :  Malik b. Anas b. Malik
    Tahun Lahir    :  thn 93 Hijrah
    Tempat Lahir  :  Madinah

2.  Sifat Peribadi :
     - mempunyai akal fikiran yang bernas
     - menghormati orang yang lebih tua
     - hartawan yang dermawan

3.  Bukti ketegasan Imam Malik :
     - Sanggup dipukul dan diseksa kerana mempertahankan Islam
     - Menentang pendapat gabenor Madinah yang bertentangan dengan fatwanya
     - Berpegang dengan prinsip murid mencari guru tanpa mengira pangkat
     - Tidak bersetuju al-Muwatta’ dijadikan sumber rasmi perundangan negara

4. Sumbangan :
    - Pengasas mazhab Maliki
    - Pakar dalam ilmu hadis
    - Menghasil kitab Al-Muwatta‘ yang menjadi rujukan umat Islam.

IMAM SYAFIE

1. Riwayat Hidup :

   Nama sebenar  :  Muhammad b. Idris
   Tahun Lahir     :  thn 150 Hijrah
   Tempat Lahir   :  Ghazzah, Palestin
   Gelaran            :  As Syafie sempena nama datuknya Syafei b. Saib
   Tahun Wafat   :  thn 204 Hijrah.

2. Sifat Peribadi :

    - Rajin menuntut ilmu ; sanggup mengembara utk mencari ilmu.
    - Kuat ingatan ; menghafaz Al-Quran sejak kecil.
    - Kuat beribadat ; banyak melakukan ibadat sunat.

3.  Sumbangan :
     - Pengasas mazhab Syafie.
     -  Sangat teliti dalam menetapkan hukum khususnya dalam masalah ibadah
     -  Menghasilkan kitab Al-Umm dan Ar Risalah.

4.  Keistimewaan kitab Al-Umm :
     - Susunan gaya bahasanya yang jelas dan mudah
     - Membincangkan sesuatu perkara lebih terperinci

IMAM AHMAD B. HANBAL

1. Riwayat Hidup :
  
Nama sebenar :  Ahmad bin Muhammad bin Hambal
T/ Lahir             :  Rabiul Awal 164 H
Tempat Lahir   : di Baghdad, Iraq
Wafat pada 231 H  di Baghdad

2. Sifat Peribadi :
 
  - Kuat beribadat seperti solat 300 rakaat setiap hari
  - Zuhud seperti menolak jawatan kadi
  - Berhati-hati memilih hadis

3. Ujian yang dilalui oleh beliau:
    - Pernah dipenjara
    - dipukul dengan cemeti sehingga berdarah

4. Sumbangan :

    - Meninggalkan sumbangan yang besar dalam bidang hadis dan perundangan Islam

   - Mengasaskan Mazhab Hanbali

Mudah-mudahan pelajar-pelajar dapat menjawab soalan Percubaan nanti.

Friday, April 26, 2013

MANFAAT SEDEKAH


5 Kelebihan Sedekah di Dunia
1-Harta penderma sentiasa Suci.
2-Tubuh Badan penderma sentiasa sihat.
3-Bala dan Penyakit penderma akan tertolak.
4-Penderma akan lebih bersemangat beribadat kepada allah.
5-Harta penderma akan diberkati dan akan bertambah.
5 Kelebihan Penderma Di Akhirat
1-Awan akan melindunginya dari panas semasa di Akhirat.
2-Allah akan meringankan hisab penderma di Akhirat.
3-Allah akan memberi bonus pada timbangan amalan kebajikan.
4-Allah akan membantu penderma semasa melalui Sirat Mustaqim.
5-Allah akan menambah darjat kedudukanya di dalam Syurga.

Friday, April 5, 2013

PROGRAM KEM SAHSIAH PELAJAR

Pihak sekolah kami, SMKSM akan mengadakan Kem Sahsiah Pelajar pada 12 April, 2013 bertempat di Kemville, Kempadang. Segala perancangan yang telah dibuat berjalan dengan lancar insya Allah. Perbelanjaan untuk program tersebut pun telah diluluskan oleh pihak sekolah.

Diharapkan program ini akan mendapat sambutan daripada semua pelajar yang akan terlibat nanti dan segala urusan akan dipermudahkan.


Saturday, March 30, 2013

BUKTI CINTAKAN ALLAH

Tips bukti cintakan Allah...

1. Sentiasa mengingati Allah setiap masa, keadaan dan situasi.

2. Cintai dan ikuti sunnah Rasulullah SAW.

3. Sentiasa perbanyakkan amalan sunnat

4. Menjaga solat witir.

5. Menjaga hubungan dengan ibu bapa.

6. Bersahabat dengan Al-Quran.

7. Sentiasa tertunggu-tunggu azan dan solat fardu.

8. Mengamalkan doa cintakan Allah sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

 " Ya Allah, Aku memohon cinta-Mu dan cinta mereka yang mencintai-Mu serta mencintai segala 
    yang mendekatkan diriku kepada cinta-Mu".

Friday, March 29, 2013

Mahabbah Fillah

Salam semua..maksud mahabbah fillah ni ialah berkasih sayang kerana Allah. Mencintai seseorang kerana Allah dan igin dicintai pun kerana Allah. Kasih sayang kerana Allah ini adalah antara ciri-ciri orang yang akan mendapat naungan Allah pada hari yg tidak sebarang naungan...



Friday, February 15, 2013

BACALAH AL-QURAN SETIAP HARI

Al-Quran akan menjadi teman kita semasa di dunia dan di dalam kubur serta di akhirat nanti.
Oleh itu, gunalah masa lapang untuk membaca Al-Quran pagi atau petang. Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah :

1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan – manakala solat adalah sebesar2 ibadat dari segi
    geraklaku atau perbuatan.
2. Pahala membaca 1 huruf al-Quran :
• Sekiranya dibaca dalam solat = 100 kebajikan
• Sekiranya dibaca diluar solat dalam keadaan berwuduk = 50 kebajikan
• Sekiranya dibaca diluar solat tanpa wuduk = 10 kebajikan
• (menurut Ibnu Majah : digandakan sampai 400 kali, dan menurut Ibnu al-Jauzi : digandakan sampai 700 kali)
3. Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga / dikatakan juga mendapat balasan sebatang pohon di syurga
4. Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahalanya tidak akan putus
5. Pembacanya dijamin keselamatan daripada api neraka.
6. Pembacanya mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
7. Al-Quran menjadi pembela kepada pembacanya.
8. Pembacanya akan memperoleh keamanan.
9. Pembacanya dimasukkan ke dalam golongan siddiqin.
10. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat. (Baca ayat Kursy / 3 Qul)




AL-QURAN SEBAGAI KEKASIH

Anggapkanlah al-Quran seumpama kekasih kita. Apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka akan lahirlah pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta itu. Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai al-Quran kalamullah yang Maha Agung ini.


Al-Quran sebagai kekasih boleh dibahagikankan kepada 3 ciri:
1. Al-Quran adalah Kekasih yang terlalu istimewa.
2. Al-Quran adalah Kekasih yang perlu dimuliakan.
3. Al-Quran adalah kekasih yang perlu sentiasa dibelai.


1. Al-Quran adalah Kekasih yang terlalu istimewa.

Tidak seperti membaca buku cerita atau novel cinta jika dibaca secara berulangkali pasti akan timbul rasa jemu kelak walaupun ia mengandungi bahasa yang cukup indah. Berbanding dengan al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikitpun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.Itulah istimewanya al-Quran. Bahkan kita akan terasa terhibur. Allah S.W.T. telah berfirman: (Surah al-Ra’d: 28)

Maksudnya : Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.” 

Malah dijanjikan oleh Allah SWT bagi sesiapa yang ikhlas mengharapkan keredhaanNya. Dengan memperbanyakkan zikrullah (membaca al-Quran dll zikir) maka dia akan memperoleh ketenangan yang membahagiakan.Dan zikrullah yang terbaik ialah membaca al-Quran.

2. Al-Quran adalah Kekasih yang perlu dimuliakan.

Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu allah SWT telah menyeru agar kita mematuhi kandungan kekasih itu untuk mendapat keberkatan.


Malah Allah SWT juga menggariskan adab-adab untuk memuliakan al-quran. Antaranya apabila kita mendengar bacaan al-Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri sebagaimana ingatan Allah dalam surah al-A’raf : 204

Maksudnya: Dan 
apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarkanlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

3. Al-Quran adalah kekasih yang perlu sentiasa dibelai
Jagalah al-Quran, sentiasalah berada di sampingnya. Rasuluillah SAW sering memberi amaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga al-Quran dan tidak melupakannya.

Daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Dibentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuang kotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidak dapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakannya.” Riwayat Abu Daud dan Tarmizi.

Selain itu, kita membelainya dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa iri hati dengan ‘kegilaan’ orang lain membaca Kalamullah itu.

Daripada Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hasad itu (iri hati) tidak dibenarkan melainkan dua perkara, iaitu iri hati kepada seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan al-Quran siang dan malam, dan kepada seseorang yang dilimpahkan harta yang banyak dan dia membelanjakannya ke jalan Allah siang dan malam."
Sifat ini menggambarkan keinginan untuk memperolehi sesuatu yang sama dengan orang itu dan berlumba-lumba untuk terkehadapan dalam beramal adalah amat digalakkan.

TAHUN 2013

SALAM...Hari ni 15 Februari 2013, dah hampir-hampir dua bulan berlalu sesi persekolahan tahun 2013. Anak-anak semua dah bersekolah, hari ni saya masih bercuti tahun baru Cina (CNY). Cuti selama seminggu ni saya luangkan masa bersama keluarga sahaja.Gunakan masa lapang yg ada juga utk muhasabah diri setakat ni. Terasa diri ni kerdil, hanya seorang hamba yang serba kekurangan di sisi Allah.

Azam saya pada tahun ni, ingin bahagia dunia dan akhirat dan dapat memberikan kehidupan yang terbaik untuk keluarga. Juga ingin menjadi pekerja yang cemerlang, seorang pendidik yang ingin membantu anak-anak didik mencapai kejayaan dan kecemerlangan insya Allah.

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...