Salam semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas rasmi dan peperiksaan percubaan SPM. Tinggal sebulan lagi masa untuk buat ulangkaji, Masa ni lah sangat penting untuk membuat persediaan terakhir bersama pelajar-pelajar.
Kami guru-guru banyak melakukan aktiviti untuk meningkatkan keputusan mereka. Tak lupa juga buat solat Hajat untuk memohon pertolongan Allah untuk anak-anak didik di sini, Kami berharap agar dapat keputusan yang lebih baik untuk peperiksaan SPM tahun ini insya Allah.
Friday, October 2, 2015
Friday, July 24, 2015
SALAM AIDILFITRI
Salam semua pembaca..Ramadhan sudah berlalu dan kini Aidil Fitri masih diraikan.Masih terasa indahnya berhari raya bersama keluarga. Bulan Syawal dah masuk hari ke 8, ada lagi yang masih beraya dan mengadakan rumah terbuka untuk kawan-kawan dan sedara mara.
Kami warga pendidik sibuk dengan tugas seperti biasa. Baru tiga hari sekolah bermula lepas raya. Guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan sibuk berkejar untuk menghabiskan silibus dan buat ulangkaji tajuk-tajuk lepas. Saya mengajar tingkatan 5, terasa masa yang mengejar cikgu ni..hehe.
Sibuk nak buat ulangkaji tajuk-tajuk ting. 4. Esok sekolah ganti, ada jamuan raya juga.dapat lah makan macam2, lupa sekejap pasal periksa :)

Thursday, April 23, 2015
REJAB DATANG LAGI
Salam semua sahabat pembaca..bulan Rejab dah kembali, 20 April yang lalu bersamaan 1 Rejab. Bulan ini yang sepatutnya yang ditunggu-tunggu oleh orang Islam. Banyak kelebihan beribadat pada bulan ini.
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan Rejab ialah :
1. Hijrah pertama Rasulullah ke Habsyah.
2. Israk dan Mikraj
3. Perang Tabuk
4. Pembebasan Baitul Muqaddis

Wednesday, March 18, 2015
CINTA HAKIKI
C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatannya sendiri. Ini bermakna mereka tidak dapat memahami erti cinta itu sebenar.
Marilah, kita memahami erti cinta; cinta sebenar, cinta palsu dan syirik cinta.
Syirik cinta, iaitu menyamakan cinta kita kepada Allah sama seperti cinta kita kepada seseorang atau makhluk yang lain dengan perbuatan mengagongkannya dan rasa takut padanya. Sedangkan yang layak untuk diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata. Ini adalah cinta salah, cinta syirik, janganlah kita terjerumus ke dalam jenis cinta ini.
Janganlah kita juga tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tak cukup iaitu hanya menuturkan kata menyintai ALLAH SWT tetapi mengingkari syariatnya. Cinta jenis ini tidak mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada azab neraka. Kenapa? Kerana orang munafik dan orang kafir juga cinta kepada Allah.
Mereka menuturkan kata menyintai ALLAH tapi mereka sebenarnya orang yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan penglihatan. Mereka mengkhianati apa yang dituturkan kerana mereka mengingkari apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW aitu dengan tidak mematuhi perintah syariatnya yang datangnya dari Allah swt. Cinta mereka tidak sempurna (tidak cukup) bila mengakui kalimah syahadat yang pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang kedua.
Bukankah itu yang banyak terjadi pada masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya? Nauzu Billah Min Zalik.
Justeru, janganlah kita sekadar tahu mengucapkan kata cintq tapi buta hati akan makna cinta sebenar . Erti cinta sebenar ialah apabila kita cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah. Cinta (patuhi) apa yang diperintahkan oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang oleh Allah. Cinta ini membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim sejati iaitu orang yang dicintai Allah.
Kedua, erti Cinta Sebenar ialah Cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.
Semoga dengan memahami kesempunaan cinta sebenar, maka kita akan berada di dalam landasan kebenaran. Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang lain. SubhanAllah..
Katakanlah “Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya.” Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan meyintai apa yang dicintai olehNya.
Cinta yang sebenar-benar cinta!
Thursday, March 12, 2015
SYUKUR PADA ALLAH
Keputusan SPM 2014 telah diumumkan pada 3 Mac yang lalu. Ustazah amat bersyukur pada Allah kerana peratus lulus Pendidikan Islam meningkat pada tahun ini. Bilangan pelajar-pelajar yang mendapat A juga bertambah dan jumlah pelajar yang gagal pula berkurangan,
Ustazah mengajar kelas 5 Uranus pada tahun lepas, kelas yang ketujuh. Apa yang membanggakan ustazah ialah ada 2 orang pelajar berjaya mendapat A- dan yang gagal hanya 2 orang, Pada tahun ini ustazah akan cuba yang terbaik untuk meningkatkan lagi keputusan SPM.

Friday, March 6, 2015
PERASMIAN SURAU AL-MUTTAQIN
Hari ini tercatatnya sejarah buat sekolah kami, SMK Seri Mahkota. Pada hari ini, 28 Feb. 2015 telah berlangsung majlis perasmian surau sekolah yang diberi nama Surau Al-Muttaqin, Surau ini telah mendapat bantuan daripada MUIP sebanyak RM50 ribu pada akhir tahun lepas. Bantuan tersebut bertujuan untuk membesarkan lagi surau sekolah bagi menampung jumlah pelajar petang yang bertambah.
Bila solat berjemaah ditunaikan di surau tersebut pada tahun lalu ruangan solatnya agak terhad.
Setelah siap pembinaan tersebut, ianya dapat memudahkan pelajar-pelajar petang untuk melakukan aktiviti di surau sekolah.

Thursday, February 26, 2015
NASIHAT DAN PESANAN
1. SAIDINA ALI BIN ABI TALIB (R.A) BERKATA :
Ilmu lebih
baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu sedangkan kamu menjaga harta dan ilmu
bertambah jika disiarkan sedangkan harta berkurang jika dibelanjakan.
2. MAKSUD HADIS :
"Jika kamu mahukan dunia, tuntutlah ilmu; jika kamu mahukan akhirat, tuntutlah ilmu. Jika kamu mahukan kedua-duanya, maka tuntutlah ilmu".
3. SAIDINA UMAR
AL-KHATTAB (R.A) BERKATA:
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang
yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti
menyertainya. Barangsiapa
menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Wednesday, February 25, 2015
MENJADI PELAJAR CEMERLANG
TIPS UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG
1. Mulakan harimu dengan membaca Al
Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh
dan Berdoa.
2. Solat fardhu lima waktu jangan
ditinggalkan
3. Mohon keselamatan dari Allah untuk
setiap hari yang baru
4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya
mudah mengingati ilmu kerana perbuatan
mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar
5. Makan makanan yang berkhasiat untuk
kecerdasan minda dan fizikal
6. Sentiasa memohon kemaafan daripada
kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu
7. Sentiasa bersedekah samada wang,
tenaga dan akal fikiran (the more you give, the
more you get)
8. Membuat nota ringkas untuk mudah
dibaca
9. Membaca dan menelaah buku dan
nota-nota tanpa jemu
10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur
dengan nikmat Allah
TAHUN 2015
Assalamualaikum semua..Tahun 2015 dah lama membuka tirainya, ustazah baru ada kesempatan untuk menulis di blog ini. Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan amanah-Nya sebagai pendidik di bumi bertuah ini,
Tugas sebagai pendidik kini makin mencabar dan menguji kekuatan akal dan jiwa ini untuk berhadapan dengan anak-anak didik. Namun, ustazah kuatkan semangat dan banyak berdoa kepada Allah agar dapat melahirkan generasi berilmu, beriman dan bertakwa insya Allah.
Pada tahun ini ustazah diberikan amanah yang lebih besar, mengajar 4 kelas tingkatan 5, Ustazah akan berusaha untuk lakukan yang terbaik dengan izin-Nya. Moga cita-cita dan harapan ustazah menjadi kenyataan pada tahun ini,,aamiin.

Subscribe to:
Posts (Atom)
SIBUK DENGAN TUGAS
Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...
-
Salam semua..maksud mahabbah fillah ni ialah berkasih sayang kerana Allah. Mencintai seseorang kerana Allah dan igin dicintai pun kerana Al...
-
C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatanny...
-
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. M...