Thursday, February 26, 2015

NASIHAT DAN PESANAN

1. SAIDINA ALI BIN ABI TALIB (R.A) BERKATA :

Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu sedangkan kamu menjaga harta dan ilmu bertambah jika disiarkan sedangkan harta berkurang jika dibelanjakan.

2. MAKSUD HADIS : 

"Jika kamu mahukan dunia, tuntutlah ilmu; jika kamu mahukan akhirat, tuntutlah ilmu. Jika kamu mahukan kedua-duanya, maka tuntutlah ilmu".

3. SAIDINA UMAR AL-KHATTAB (R.A) BERKATA:

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.




Wednesday, February 25, 2015

MENJADI PELAJAR CEMERLANG

TIPS UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG

1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh  
    dan Berdoa.
2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan
3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru
4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan
    mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar
5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal
6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu
7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the
    more you get)
8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca
9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu
10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah




TAHUN 2015

Assalamualaikum semua..Tahun 2015 dah lama membuka tirainya, ustazah baru ada kesempatan untuk menulis di blog ini. Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat kesihatan dan kekuatan untuk menunaikan amanah-Nya sebagai pendidik di bumi bertuah ini,

Tugas sebagai pendidik kini makin mencabar dan menguji kekuatan akal dan jiwa ini untuk berhadapan dengan anak-anak didik. Namun, ustazah kuatkan semangat dan banyak berdoa kepada Allah agar dapat melahirkan generasi berilmu, beriman dan bertakwa insya Allah.

Pada tahun ini ustazah diberikan amanah yang lebih besar, mengajar 4 kelas tingkatan 5, Ustazah akan berusaha untuk lakukan yang terbaik dengan izin-Nya. Moga cita-cita dan harapan ustazah menjadi kenyataan pada tahun ini,,aamiin.

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...