Wednesday, March 18, 2015

CINTA HAKIKI

C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatannya sendiri. Ini bermakna mereka tidak dapat memahami erti cinta itu sebenar.
Marilah, kita memahami erti cinta; cinta sebenar, cinta palsu dan syirik cinta.
Syirik cinta, iaitu menyamakan cinta kita kepada Allah sama seperti cinta kita kepada seseorang atau makhluk yang lain dengan perbuatan mengagongkannya dan rasa takut padanya. Sedangkan yang layak untuk diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata. Ini adalah cinta salah, cinta syirik, janganlah kita terjerumus ke dalam jenis cinta ini.
Janganlah kita juga tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tak cukup iaitu hanya menuturkan kata menyintai ALLAH SWT tetapi mengingkari syariatnya. Cinta jenis ini tidak mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada azab neraka. Kenapa? Kerana orang munafik dan orang kafir juga cinta kepada Allah.
Mereka menuturkan kata menyintai ALLAH tapi mereka sebenarnya orang yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan penglihatan. Mereka mengkhianati apa yang dituturkan kerana mereka mengingkari apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW aitu dengan tidak mematuhi perintah syariatnya yang datangnya dari Allah swt. Cinta mereka tidak sempurna (tidak cukup) bila mengakui kalimah syahadat yang pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang kedua.
Bukankah itu yang banyak terjadi pada masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya?  Nauzu Billah Min Zalik.
Justeru, janganlah kita sekadar tahu mengucapkan kata cintq tapi buta hati akan makna cinta sebenar . Erti cinta sebenar ialah apabila kita cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah. Cinta (patuhi) apa yang diperintahkan oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang oleh Allah. Cinta ini membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim sejati iaitu orang yang dicintai Allah.
Kedua, erti Cinta Sebenar ialah Cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.
Semoga dengan memahami kesempunaan cinta sebenar, maka kita akan berada di dalam landasan kebenaran. Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang lain. SubhanAllah..
Katakanlah “Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya.” Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan meyintai apa yang dicintai olehNya.
Cinta yang sebenar-benar cinta!

Thursday, March 12, 2015

SYUKUR PADA ALLAH

Keputusan SPM 2014 telah diumumkan pada 3 Mac yang lalu. Ustazah amat bersyukur pada Allah kerana peratus lulus Pendidikan Islam meningkat pada tahun ini. Bilangan pelajar-pelajar yang mendapat A juga bertambah dan jumlah pelajar yang gagal pula berkurangan,

Ustazah mengajar kelas 5 Uranus pada tahun lepas, kelas yang ketujuh. Apa yang membanggakan ustazah ialah ada 2 orang pelajar berjaya mendapat A- dan yang gagal hanya 2 orang, Pada tahun ini ustazah akan cuba yang terbaik untuk meningkatkan lagi keputusan SPM.

Friday, March 6, 2015

PERASMIAN SURAU AL-MUTTAQIN

Hari ini tercatatnya sejarah buat sekolah kami, SMK Seri Mahkota. Pada hari ini, 28 Feb. 2015 telah berlangsung majlis perasmian surau sekolah yang diberi nama Surau Al-Muttaqin, Surau ini telah mendapat bantuan daripada MUIP sebanyak RM50 ribu pada akhir tahun lepas. Bantuan tersebut bertujuan untuk membesarkan lagi surau sekolah bagi menampung jumlah pelajar petang yang bertambah.

Bila solat berjemaah ditunaikan di surau tersebut pada tahun lalu ruangan solatnya agak terhad.
Setelah siap pembinaan tersebut, ianya dapat memudahkan pelajar-pelajar petang untuk melakukan aktiviti di surau sekolah.

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...