Al-Quran akan menjadi teman kita semasa di dunia dan di dalam kubur serta di akhirat nanti.
Oleh itu, gunalah masa lapang untuk membaca Al-Quran pagi atau petang. Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah :
1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan – manakala solat adalah sebesar2 ibadat dari segi
geraklaku atau perbuatan.
2. Pahala membaca 1 huruf al-Quran :
• Sekiranya dibaca dalam solat = 100 kebajikan
• Sekiranya dibaca diluar solat dalam keadaan berwuduk = 50 kebajikan
• Sekiranya dibaca diluar solat tanpa wuduk = 10 kebajikan
• (menurut Ibnu Majah : digandakan sampai 400 kali, dan menurut Ibnu al-Jauzi : digandakan sampai 700 kali)
3. Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga / dikatakan juga mendapat balasan sebatang pohon di syurga
4. Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahalanya tidak akan putus
5. Pembacanya dijamin keselamatan daripada api neraka.
6. Pembacanya mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
7. Al-Quran menjadi pembela kepada pembacanya.
8. Pembacanya akan memperoleh keamanan.
9. Pembacanya dimasukkan ke dalam golongan siddiqin.
10. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat. (Baca ayat Kursy / 3 Qul)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SIBUK DENGAN TUGAS
Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...
-
Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...
-
Abu Hurairah r.a . meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Diberikan kepada umatku lima perkara yang b elum...
-
Salam 12 Muharram..Saya balik kampung hari Sabtu lepas dengan anak no 2. Alhamdulillah, rasa seronok, dapat merasa makanan orang kampung esp...
No comments:
Post a Comment