Saturday, September 25, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya

Pada hari Khamis lepas,23 Sept. pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya dan majlis penutupan bulan Kemerdekaan. Majlis berjalan dgn lancar,pelajar2 datang ke sekolah dgn memakai baju raya.Pelajar2 perempuan nampak cantik dgn baju kurung dan pelajar2 lelaki tampan dgn baju melayu pula.Cikgu2 bergotong royong menyediakan makanan utk jamuan hari raya.Masak nasi arab dan gulai daging.Kuih2 raya banyak juga,cikgu2 dan pelajar2 yg bawa.Kehadiran pelajar tak lah ramai sgt,biasa lah pelajar sekolah ni tetapi sambutan yg dijalankan agak meriah.

Pada sebelah malamnya pula diadakan solat hajat perdana utk pelajar2 PMR,SPM dan STPM.Kehadiran ibubapa dan anak2 pelajar tidak menggalakkan.Pelajar perempuan sedikit sahaja yg hadir pd malam itu.Berbeza dgn sekolah lama ustazah mengajar sebelum ni,ramai pelajar datang semasa program solat hajat..penuh dewan dgn ibu bapa dan para pelajar.Rasa suka sangat dgn suasana macam tu.Ustazah pun rasa semangat nak mendoakan kejayaan anak2 didiknya.

Ustazah rasa penat sangat pada hari esoknya,kerana ustazah menguruskan bahagian jamuan,dari awal hingga akhir.Walaupun begitu ustazah rasa berpuas hati dgn program yg telah diadakan dgn jayanya.Terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru yang terlibat utk menjayakan program tersebut..syukur,alhamdulillah..semua dah selesai.

Monday, September 20, 2010

Tajuk-tajuk PMR

Salam semua anak2 didikku..ustazah ada buat senarai semak tajuk2 yg mungkin masuk dlm PMR pd tahun ini insya Allah.Blh lah dijadikan panduan utk buat ulangkaji saat akhir ni sebelum peperiksaan.Di samping buat ulangkaji,banyakkan berdoa kepada Allah..buat solat hajat jangan lupa.

TILAWAH AL-QURAN

Tingkatan 1
1. Berbudi dan berbakti cara hidup mukmin
2. Ujian Allah terhadap manusia
3. Arak dan judi memusnahkan kehidupan
4. Berpegang teguh dengan agama Allah

Tingkatan 2
1. Ilmu penyuluh kehidupan
2. Menghargai sunnatullah
3. Dakwah tanggungjawab bersama
4. Mencontohi dakwah Rasulullah

Tingkatan
1. Zalim
2. Kejadian hujan
3. Memanfaatkan anugerah Allah
4. Solat Jumaat

HADIS

Tingkatan 1
1. Pengenalan hadis
2. Al-Quran dan hadis panduan hidup

Tingkatan 2
1. Sedekah pemangkin kesejahteraan

Tingkatan 3
1. Amalan mukmin cemerlang
2. Ihsan terhadap binatang

Akidah

Tingkatan 1
1. Asas Akidah Islam
2. Konsep muslim dan mukmin
3. Dalil kewujudan Allah




Tingkatan 2
1. Beriman kepada Al-Asmaul Husna
2. Beriman kepada kitab

Tingkatan 3
1. Beriman kepada Rasul
2. Beriman kepada Qadak dan Qadar
3. Beriman kepada Hari Kiamat
4. Perhimpunan di Mahsyar

Ibadat

Tingkatan 1
1. Bersuci daripada najis
2. Khusyuk Solat
3. Khutbah Jumaat
4. Solat sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat rawatib

Tingkatan 2
1.Solat Jamak dan qasar
2.Menghayati bulan Ramadan

Tingkatan 3
1. Solat hari raya
2. Solat tahajjud

Sirah
Tingkatan 1
1. Masyarakat Arab Jahiliyah
2. Saidatina Khadijah
3. Sumayyah

Tingkatan 2
1. Pembinaan masjid
2. Saidina Umar
3. Saidina Usman

Tingkatan 3
1. Fatimah Az-Zahra
2. Khalid b. Al-Walid
3. Pembukaan Kota Mekah

Adab

Tingkatan 1
1. Adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan
2. Adab bergaul dengan keluarga
3. Adab berguru

Tingkatan 2
1. Memelihara kesucian masjid
2. Doa penyeri kehidupan

Tingkatan 3
1. Adab menjalankan tugas
2. Adab dalam majlis
3. Adab berpidato

Semoga menjadi panduan kepada para pelajar.Wallahu a'lam.





Sunday, September 19, 2010

Pesanan Utk Pelajar-pelajar PMR

Ustazah harap pelajar-pelajar PMR sudah membuat persediaan yang cukup utk menghadapi peperiksaan tak lama lagi..tinggal 2 minggu lagi utk kita bersama2 buat latih tubi soalan2 percubaan negeri lain.Ustazah harap para pelajar memberi tumpuan yg sepenuhnya semasa dlm kelas dan menyiapkan jawapan bagi soalan2 yg telah diberikan sebelum cuti hari raya yg lalu.

Ustazah juga harap para pelajar ingat pesanan ustazah sebelum cuti hari raya.Ingat tips yg telah diberikan..hafal kata kunci jawapan popular bagi setiap bahagian.Doa dan harapan ustazah moga semua pelajar mendapat keputusan yg cemerlang..tak ada lagi yg dapat C insya Allah.

Kelas Tambahan SPM

Salam utk semua pembaca..semalam, 18 sept ustazah buat kelas tambahan SPM.Ada juga anak muridku yg tak datang.Ustazah datang dgn penuh semangat nak bagi tajuk2 ramalan dan bincang soalan percubaan negeri Johor.Alhamdulillah kelas berjalan dgn lancar selama sejam setengah.Abis kelas makan kuih raya pulak.Esok akan bermula peperiksaan percubaan SPM, paper ustazah pada hari Rabu kertas 1 dan hari Jumaat kertas 2.Ustazah harap keluar lah tajuk2 yg diberi penekanan saat akhir ni.Doa ustazah,moga keputusan kali ini bertambah baik dan ada ramai yg dpt A atau A+..amiin.

Thursday, September 16, 2010

Selamat Menghadapi PMR & SPM

Salam semua pembaca...Kepada anak2 didiku yg bakal menghadapi PMR,tinggal lagi dua minggu masa utk buat ulangkaji akhir.Pelajar2 SPM pula akan menghadapi percubaan SPM pada 20 Sept..ari Isnin nanti.Ustazah nak bagi sedikit tips utk menghadapi peperiksaan di sini:
1. Jaga kesihatan fizikal dan mental spt makan makanan yg berkhasiat.
2. Tidur hendaklah cukup,jgan tidur lewat malam utk buat ulangkaji.
3. Sentiasa solat fardu dan banyakkan berdoa.
4. Jangan lupa solat hajat utk mohon kejayaan.
5. Jangan study last minit.
6. Buat senarai semak bagi setiap mata pelajaran.

Wednesday, September 15, 2010

Renungan Untuk Pelajar-pelajarku..

Salam semua..hari ni 15 September..PMR akan menjelang tak lama lagi, lebih kurang ada masa 2 minggu lagi.Ustazah harap pelajar-pelajar tidak leka dgn suasana Hari Raya dan lupa utk mengulangkaji pelajaran.Semoga kamu semua dapat menjawab soalan peperiksaan dgn sebaik-baiknya insya Allah.

Muhasabah Diri

Bila aku ragu-ragu aku suka berdiam diri..

Aku tidak mahu bicara panjang dan hanya suka menyendiri..

aku hanya mahu tenang dan fikirkan kembali apakah silapku..

Apakah selama ini ada kesilapan yg sudah lama aku lakukan dan aku tidak sedar tentang itu??

Diam sudah cukup dan diam sudah bawa aku kepada jawapan yang aku mahukan.

Diam membuatkan aku perhati dan fikir..

Diam membuatkan aku teliti dan menangis..

Menangis dalam hati memikirkan apakah silapku ??

Jawapan dalam Al-Quran membuatkan aku lebih mengerti..

Hidup ini hanyalah untukNYA...

Dan aku haruslah menjaga hati-hati orang-orang di sekelilingku

demi RedhaNYA,

kerana itu jambatan kepada ketenangan dan kebahagiaan yg hakiki..

Petua Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan berdoa.
2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan
3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru
4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar
5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal
6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu
7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get)
8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca
9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu
10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah

Selamat Datang..Ahlan Wasahlan..

SALAM semua..Selamat Datang,Ahlan Wasahlan ke blog Ustazah Salwa.Jadikan blog ini sebagai sumber ilmu, khususnya kepada para pelajar yang mengenali diri Ustazah.Diharapkan juga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua yang sudi membaca bahan-bahan yg ada dlm blog ini insya Allah..

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...