Pada hari Khamis lepas,23 Sept. pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya dan majlis penutupan bulan Kemerdekaan. Majlis berjalan dgn lancar,pelajar2 datang ke sekolah dgn memakai baju raya.Pelajar2 perempuan nampak cantik dgn baju kurung dan pelajar2 lelaki tampan dgn baju melayu pula.Cikgu2 bergotong royong menyediakan makanan utk jamuan hari raya.Masak nasi arab dan gulai daging.Kuih2 raya banyak juga,cikgu2 dan pelajar2 yg bawa.Kehadiran pelajar tak lah ramai sgt,biasa lah pelajar sekolah ni tetapi sambutan yg dijalankan agak meriah.
Pada sebelah malamnya pula diadakan solat hajat perdana utk pelajar2 PMR,SPM dan STPM.Kehadiran ibubapa dan anak2 pelajar tidak menggalakkan.Pelajar perempuan sedikit sahaja yg hadir pd malam itu.Berbeza dgn sekolah lama ustazah mengajar sebelum ni,ramai pelajar datang semasa program solat hajat..penuh dewan dgn ibu bapa dan para pelajar.Rasa suka sangat dgn suasana macam tu.Ustazah pun rasa semangat nak mendoakan kejayaan anak2 didiknya.
Ustazah rasa penat sangat pada hari esoknya,kerana ustazah menguruskan bahagian jamuan,dari awal hingga akhir.Walaupun begitu ustazah rasa berpuas hati dgn program yg telah diadakan dgn jayanya.Terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru yang terlibat utk menjayakan program tersebut..syukur,alhamdulillah..semua dah selesai.
No comments:
Post a Comment