Sunday, January 16, 2011

GOTONG ROYONG 2011

Salam semua pembaca...Hari ni cuaca cerah,alhamdulillah.Ustazah kat rumah je..buat keje rumah dan keje sekolah.Biasalah cikgu ni,keje tak abis lah.Semalam ada gotong royong di SMKSM,kemas bilik guru dan kelas masing-masing.Meriah gak la,ramai juga budak2 sekolah yg hadir.Bila kemas,rupanya cikgu2 ni banyak barang la..buku2 dan kertas lama tp masih tersimpan.Masa nak buang,rasa sayang la..mcm tu lah jadinya.Kertas2 lembaran keje murid disimpan bertahun2..tak sedar sampai dah jadi banyak sangat.

Semuanya selesai kira2 jam 1.00 tengahari..bilik guru dah kemas dan cantik.Kelas pun dah bersih dan ceria.Lega semua cikgu2 dan para pentadbir sekolah..alhamdulillah.

Thursday, January 6, 2011

BELAJAR BAHASA AL-QURAN (3)

1. ANA TILMIZ ...SAYA SEORANG PELAJAR (LELAKI)
2. ANA TILMIZATUN ...SAYA SEORANG PELAJAR (PEREMPUAN)
3. ANA MUDARRISUN ... SAYA SEORANG GURU (LELAKI)
4. ANA MUDARRISATUN ... SAYA SEORANG GURU (PEREMPUAN)
5. ANA MASRUR  JIDDAN ... SAYA SANGAT GEMBIRA (LELAKI)
6. ANA HAZIIN ...SAYA SEDIH
7. ANA AASIF ... SAYA MINTA MAAF

PERHATIAN : UTK PEREMPUAN TAMBAH TUN DI AKHIR PERKATAAN

BELAJAR BAHASA AL-QURAN (2)

1. AHLAN WASAHLAN - WELCOME
2. SOBAHUL KHAIR - GOOD MORNING
3. MASAAL KHAIR - GOOD EVENING
4. KAIFA HAALUKA - HOW ARE YOU
5. ANA BIKHAIR - I'M FINE
6. ISMI FARHANA - MY NAME IS FARHANA
7. ANA TILMIZATUN - I 'M A STUDENT
8. WA ILAL LIQA' - SEE YOU AGAIN
9. SYUKRAN - THANK YOU
10. 'AFWAN - WELCOME

Selamat Belajar dan cuba lah cakap bahasa al-Quran ni...

Wednesday, January 5, 2011

BELAJAR BAHASA AL-QURAN(1)

AL HIWAR..Jom Cakap Bahasa Arab

1. ANA SALWA ....Saya Salwa
2. ISMI SALWA .... Nama saya Salwa
3. ANA MUDARRISATUN .... Saya seorang guru
4. ASKUNU FI KUANTAN .... Saya tinggal di Kuantan
5. ANA MASRUR BILIQAUKI .... Saya gembira bertemu awak

PERHATIAN :
ANA .... saya digunakan untuk lelaki dan perempuan
ANTA ... awak (lelaki)
ANTI ... awak (perempuan)
KA ..... (awak lelaki) digunakan bersambung dgn perkataan lain
KI ..... (awak perempuan) digunakan bersambung dgn perkataan lain .

PESANAN DARI KHULAFA' AR RASYIDIN

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu: Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: Hatinya selalu berniat suci Lidahnya selalu basah dengan zikrullah Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu' Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia .
Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.
Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi .
Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

Tuesday, January 4, 2011

ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UTK KESIHATAN

1. Makan hanya bila terasa lapar.
2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya
    dengan sabun Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."
3. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan
   tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat
   aliran yang dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia
   bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam
   perut.
4. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan.
5. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang. Pilih warna yang ceria untuk ruang
    makan.
6. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan
    memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
7. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu
8. Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. 
9. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makanan, memakai
    pakaian yang bersih dan berwarna indah.
10.Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari
    terdedah Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan
    hidup untuk makan'.

ORIENTASI TING 4

Minggu ni sekolah bermula pada hari Isnin,pelajar2 ting 4 ada program orientasi.Cikgu2 yg mengajar ting 4 tak perlu masuk kelas lagi tp masuk dewan je..ikut program orientasi tersebut. Hari ni,Selasa ustazah diminta oleh penyelaras program utk bagi taklimat biasiswa utk mereka yg form 4. Best gak jadi cikgu biasiswa ni..org penting dlm sek,nak bagi duit kat murid2.Ramai yg nak mohon biasiswa tahun ni.Mereka kena berurusan dgn ustazah..hehe..

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...