Sunday, June 26, 2011
AKTIVITI KEM JATI DIRI
Aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini..ceramah 2 oleh Ustaz Mohd Hasdi dari Sek Men Agama Al-Maarif dan aktiviti usrah bersama fasilititator dari UMP. Diucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini.
SEKITAR PROGRAM KEM JATI DIRI
Pelajar-pelajar sedang mengikuti ceramah 1, tajuknya Peranan jatiri dalam membentuk sahsiah pelajar cemerlang. Penceramahnya ialah Ustaz Rujhan Mohamed Razali. Pelajar-pelajar sangat berminat mendengar ceramah beliau yang diselangi dgn video-video yang menarik. Diharapkan mereka mendapat ilmu dan manfaat daripada ceramah tersebut.
KEM JATI DIRI 2011
Kem Jati Diri telah selesai di SMKSM semalam..semuanya berjalan dengan lancar, ALHAMDULILLAH. Kem tersebut telah dijalankan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 24-25 Jun 2011. Seramai 50 orang pelajar sesi pagi dan petang telah menyertainya. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bina Insan bersama dengan Panitia Pendidikan Islam. Program ini kurang mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar sekolah ini kerana mereka terlibat dengan aktiviti lain pada masa yang sama.
Secara keseluruhannya, para pelajar berasa berpuas hati dengan program dan aktiviti yang dilaksanakan.Mereka berasa gembira sepanjang kem dan mendapat banyak ilmu dan manfaat. Sebahagian daripada mereka sangat berminat dengan kem seperti ini dan meminta guru-guru mengadakannya lagi pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, para pelajar berasa berpuas hati dengan program dan aktiviti yang dilaksanakan.Mereka berasa gembira sepanjang kem dan mendapat banyak ilmu dan manfaat. Sebahagian daripada mereka sangat berminat dengan kem seperti ini dan meminta guru-guru mengadakannya lagi pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SIBUK DENGAN TUGAS
Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...
-
Salam semua..maksud mahabbah fillah ni ialah berkasih sayang kerana Allah. Mencintai seseorang kerana Allah dan igin dicintai pun kerana Al...
-
C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatanny...
-
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. M...