Kem Jati Diri telah selesai di SMKSM semalam..semuanya berjalan dengan lancar, ALHAMDULILLAH. Kem tersebut telah dijalankan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 24-25 Jun 2011. Seramai 50 orang pelajar sesi pagi dan petang telah menyertainya. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bina Insan bersama dengan Panitia Pendidikan Islam. Program ini kurang mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar sekolah ini kerana mereka terlibat dengan aktiviti lain pada masa yang sama.
Secara keseluruhannya, para pelajar berasa berpuas hati dengan program dan aktiviti yang dilaksanakan.Mereka berasa gembira sepanjang kem dan mendapat banyak ilmu dan manfaat. Sebahagian daripada mereka sangat berminat dengan kem seperti ini dan meminta guru-guru mengadakannya lagi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment