Saturday, May 23, 2020

JOM BELAJAR BAHASA ARAB

Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran..jom belajar bahasa Arab sikit-sikit dengan saya. Kita belajar 4 ayat dulu hari ni ye.

صباح الخیر  :   Selamat pagi

صباح النور   : Selamat pagi (jawapan)

شکرا           :  Terima kasih

عفوا            : sama-sama

HARI TERAKHIR RAMADHAN

Salam akhir Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini dapat membentuk diri kita menjadi insan yang bertakwa.Ramadhan adalah madrasah takwa yang diberi khas oleh Allah kepada kaum muslimin dan muslimat. Esok, kita akan menyambut Syawal yang mulia, ia merupakan kemenangan bagi kita ummat Islam kerana telah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan. 

Semoga kita mampu mendidik jiwa kita menjadi orang yang sabar dan kuat semangat setelah berpuasa selama sebulan. Diharapkan kita istiqamah dengan akhlak mulia selepas Ramadhan ini. Ramadhan boleh membentuk diri dan jiwa kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.Ia mampu melatih diri kita menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa juga. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

Thursday, May 21, 2020

PENGHUJUNG RAMADHAN

Salam 27 Ramadhan kepada semua sahabat, moga kita semua diberi nikmat kesihatan yang baik dan diberikan keampunannya di akhir bulan yang mulia ini. Tak lama lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Sama-sama kita doakan agar kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang insha Allah.

Kita ambil peluang terakhir tiga hari ni untuk perbanyakkan amalan sunat seperti istighfar, sedekah dan silaturrahim. Kalo dapat cari anak-anak yatim dan berikan makanan atau pakaian untuk mereka.Moga pemberian kita dapat gembirakan mereka untuk menyambut Syawal nanti. Banyakkan memohon keampunan Allah setiap kali lepas solat kerana fasa akhir Ramadhan ini adalah pengampunanNya dan pembebasan dari api Neraka.

Semoga kedatangan Syawal tahun ini dapat mengeratkan silaturrahim kita dengan ahli keluarga dan kawan-kawan juga insha Allah. Bila dengar lagu raya di radio, saya teringat keindahan menyambut hari raya demgan ibu saya. Tetapi dia dah tak de lagi, kini hanya beraya dengan adik beradik. Tahun ni kita tak dapat beraya di kampung kerana kita masih dalam tempoh PKP. Redha dengan ketentuan Allah, beraya di rumah masing-masing sahaja.

Sunday, May 10, 2020

SEGALA-GALANYA BARU

Salam kepada pembaca yang dikasihi, tahun 2020 ini segala-galanya baru buat diri saya. Saya pindah rumah baru pada 15 Januari bersama-sama anak dengan suasana yang baru dan kawasan yang baru. Rumah saya terletak di tengah-tengah kampung. Suasana yang sungguh damai dan tenang di sini, syukur sangat pada Allah. Saya kini seorang ibu tunggal @ single mother kerana perpisahan yang berlaku dengan ex husband 2 tahun yang lalu.Kini saya menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang redha. Hati saya lapang dan hidup rasa lebih tenang dengan izin Allah.

Allah juga telah membuka pintu rezeki yang luas untuk saya pada musim PKP ini. Tiba-tiba saje saya mendapat order daripada kawan-kawan. Ada yang order madu dan vitamin C. Saya juga menjual kurma Safawi dan Ajwa sebelum bulan Ramadhan. Semuanya habis dijual. Bulan Ramadhan ni saya banyak membantu murid-murid yang miskin dan yatim. Saya juga sedekahkan kurma kepada jiran-jiran dan kawan-kawan. Saya sangat bersyukur pada Yang Maha Esa kerana beri peluang yang baik pada saya pada bulan yang mulia ini.

Semalam saya dapat order lagi, madu dan ubat gigi dari kawan, alhamdulillah kerana ada rezeki dariNya. Tadi saya tolong hantar makanan yang kawan berikan.Dia kata bagilah pada sesiapa yang saya kenal. Saya teringat nak bagi pada dua orang kawan rapat saya. Asbab saya bagi kuih tersebut, kawan tu dapat duit cash, rezeki bulan Ramadhan untuk golongan yang kurang mampu,Saya tumpang gembira.

Syukur yang tidak terhingga pada Allah...

Saturday, May 9, 2020

BUKA LEMBARAN BARU

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana berikan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik pada tahun ini. Saya berasa amat bertuah dan bersyukur kerana dapat melalui liku-liku hidup ini dengan sabar dan tawakkal kepada Yang Maha Esa.

Tahun 2020 telah merubah hidup saya sepenuhnya, buka buku baru lah. Saya telah berpindah ke rumah baru pada Januari tahun ini, syukur sangat2. Saya telah menerima segala ketentuan Allah pada saya. Kini saya redha dengan qadak dan qadar-Nya pada saya dan keluarga. Kini saya boleh menguruskan anak-anak dengan tenang. Hati saya berasa lapang dan bahagia dengan cara saya. Bulan Ramadhan kali ini, saya berpuasa bersama anak-anak di rumah baru kami. Masa PKP ni juga telah merapatkan hubungan kami anak beranak, dapat melakukan aktiviti bersama.

Kini saya rasa gembira bersama anak-anak dan  tinggal di tempat baru, taman perumahan yang tak besar terletak di tengah-tengah kampung. Mendapat jiran-jiran yang baik, alhamdulillah.

Friday, May 8, 2020

HARAPAN RAMADHAN

Salam Ramadhan yang mulia yang penuh rahmat dan keberkatan, syukur pada Allah kerana kita bertemu kembali dalam blog saya ni. Hari ni sudah dua minggu kita menjalani ibadat puasa, sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita. Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada sebelumnya insh Allah.Moga Ramadhan kali ini dapat menambah amalan kebaikanku.

Petang tadi saya menghantar juadah berbuka untuk anak-anak muridku yang yatim piatu.Menu hari ini nasi minyak lauk kari ayam.Ditambah dengan sedikit kuih untuk mereka. Alhamdulillah rezeki Allah berikan..dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga.

SIBUK DENGAN TUGAS

 Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...