Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana berikan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik pada tahun ini. Saya berasa amat bertuah dan bersyukur kerana dapat melalui liku-liku hidup ini dengan sabar dan tawakkal kepada Yang Maha Esa.
Tahun 2020 telah merubah hidup saya sepenuhnya, buka buku baru lah. Saya telah berpindah ke rumah baru pada Januari tahun ini, syukur sangat2. Saya telah menerima segala ketentuan Allah pada saya. Kini saya redha dengan qadak dan qadar-Nya pada saya dan keluarga. Kini saya boleh menguruskan anak-anak dengan tenang. Hati saya berasa lapang dan bahagia dengan cara saya. Bulan Ramadhan kali ini, saya berpuasa bersama anak-anak di rumah baru kami. Masa PKP ni juga telah merapatkan hubungan kami anak beranak, dapat melakukan aktiviti bersama.
Kini saya rasa gembira bersama anak-anak dan tinggal di tempat baru, taman perumahan yang tak besar terletak di tengah-tengah kampung. Mendapat jiran-jiran yang baik, alhamdulillah.
Saturday, May 9, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SIBUK DENGAN TUGAS
Salam ukhuwwah kepada semua..dah lama saya tak menulis di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas di sekolah. Sibuk dengan kelas tambahan dan ...
-
Salam semua..maksud mahabbah fillah ni ialah berkasih sayang kerana Allah. Mencintai seseorang kerana Allah dan igin dicintai pun kerana Al...
-
C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatanny...
-
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. M...
No comments:
Post a Comment